Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021
40) PELAN MASA PROJEK PENGUKUHAN DAN PENAIKTARAFAN DI SUNGAI KAYU ARA
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Menurut perkembangan terkini, pejabat saya dimaklumkan Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kayu Ara telah diluluskan dan kini dalam proses rekebentuk terperinci. Walaupun begitu, dijangkakan kerja-kerja hanya akan dimulakan sekitar 2023. Apakah pelan masa projek ini dan mengapakah projek ini kerap ditangguhkan?
Rancangan Tebatan Banjir Sg Kayu Ara dengan anggaran kos projek sebanyak RM 20 juta menggunakan peruntukan Kerajaan Persekutuan. Projek ini tidak ditangguhkan dan mengikut pelan masa yang telah dirangka sebagaimana di Jadual di lampirkan.
Status terkini adalah di peringkat penyediaan dokumen tender dan jangkaan tender adalah pada Mac 2022 dengan pelaksanaan projek fizikal pada tahun 2022. Tempoh pelaksanaan projek di jangka adalah 18 bulan dan jajaran projek adalah bermula daripada jambatan Kg Cempaka sehingga Jambatan Taman Mayang Emas sepanjang 1.5 km.