Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

125) PERPUSTAKAAN DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan secara terperinci perpustakaan awam di seluruh negeri Selangor

    Pada masa ini terdapat 90 buah perpustakaan awam di seluruh negeri Selangor
    yang ditubuhkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor. Ini tidak
    termasuk perpustakaan-perpustakaan awam yang ditubuhkan oleh Pihak
    Berkuasa Tempatan (PBT). Perpustakaan-perpustakaan awam ini terdiri
    daripada :

    Bil. Perpustakaan PPAS Jumlah
    1. Perpustakaan Neaeri 1
    2. Perpustakaan Daerah 7
    3. PerDustakaan Cawangan 4
    4. Perpustakaan Pekan 6
    5. Perpustakaan Desa 67
    6. Perpustakaan Bergerak 5
    Keseluruhan 90

    Manakala 173 buah perpustakaan yang lain di bawah pelbagai agensi juga
    terdapat di dalam negeri Selangor.Antaranya:Bil. Perpustakaan Jumlah
    1. Perpustakaan PBT 2
    2. Perpustakaan AkademikIPTA 3
    3. Perpustakaan AkademikIPTS 82
    4. Perpustakaan Khusus Guna 48
    sama
    5. Perpustakaan Khusus Luar 36 Guna sama (Swasta)
    6. Perpustakaan Khusus Luar 2 Guna sama lPertubuhan)
    Keseluruhan 173

    Bagi menambah pusat perkhidmatan perpustakaan awam, pelbagai langkah
    yang telah diambil oleh pihak kerajaan negeri dan Perbadanan Perpustakaan
    Awam Selangor bagi memartabatkanbudaya membaca di kalangan masyarakat
    Selangor.
    Penubuhan dan pembukaan perpustakaan di seluruh pelusuk negeri
    merupakan satu langkah serius dan usaha bagi menggalakkan budaya
    membaca di kalangan masyarakat. Perpustakaan yang dilengkapi berbagai
    bahan dan media pembacaan yang dapat memenuhi keperluan pembacaan dan
    ilmu pengetahuan. Kemudahan serta pengisian perpustakaan ini sesuai untuk
    semua golongandan tahap pendidikandi dalam masyaraka

  2. Apakah langkah-Iangkah kerajaan negeri bagi memperbanyakkan perpustakaan awam bagi menggalakkan budaya membaca khususnya di kawasan desa dan penempatan kos rendah di seluruh negeri Selangor?

    Oi samping usaha memperbanyakkan perpustakaan awam, penganjuran
    program ke arah menggalakkan budaya membacajuga dilaksanakan. Programprogram ini dianjurkan oleh Perbadanan PerpustakaanAwam Selangor dengan
    menubuhkan Jawatankuasa Gerakan Membaca Negeri yang berperanan
    merancang dan menggerakkan pelbagai aktiviti yang menjurus kepada
    menanam tabiat suka membaca di kalangan masyarakat. Oi bawah
    jawatankuasa ini akan dibantu oleh Jawatankuasa Gerakan Membaca Oaerah
    bagi melaksanakanperananyang sama.
    Semua program -program dirancang dan mendapat kerjasama daripada pihak
    lain seperi jabatan-jabatan kerajaan, majlis daerah, pejabat daerah, pejabat
    pendidikan, penghulu, JKKK, pihak swasta dan badan-badansukarela
    Semua program yang dirancangkanbermatlamatkan:
    i) Menyemai minat membaca dan menjadikannyasatu budaya dan amalan
    harian masyarakat
    ii) Menjadikan perpustakaansebagai tempat kunjungan oleh semua lapisan
    masyarakat sama ada untuk menimba ilmu, merehatkanminda, membuat
    penyelidikan
    iii) Menggalakkan amalan membaca sebagai satu amalan yang
    mendatangkan faedah kepada masyarakat dari segi minda yang sihat,
    matang, intelek dan menjadi masyarakatyang berguna kepada negara

Lampiran

Tiada Lampiran.