Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008
45) DANA KEBAJIKAN
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah PBN menyediakan dana kebajikan untuk disalurkan kepada ibu-ibu tunggal, fakir miskin dan pesakit kronik yang perlu perhatian dan bantuan segera oleh PBN
Ya.
-
Bagaimanakah cara untuk menyalurkan permohonan bantuan segera ke PBN
Ibu tunggal, fakir miskin dan pesakit kronik yang memerlukan perhatian boleh mengemukakan permohonan kepada agensi-agensi pemberi bantuan yang berkaitan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Lembaga Zakat Selangor di mana ibu tunggal, fakir miskin dan pesakit kronik akan diberi bantuan sewajarnya sekiranya layak.