Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009
42) SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE)
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah prestasi pendaftaran SMUE bagi setiap kawasan DUN sehingga Sep 2009?
Prestasi pendaftaran SMUE sehingga 30hb September 2009 untuk kawasan DUN di
Negeri Selangor sahaja adalah seperti Lampiran A. -
Berapakah perbelanjaan yang diperuntukkan untuk SMUE bagi 2008,2009?
Perbelanjaan yang diperuntukkan untuk SMUE bagi tahun 2008 dan 2009 bagi tempoh
01 Oktober 2008 sehingga 26 Oktober 2009 adalah seperti berikut:
PERBELANJAAN SKIM MESRA USIA EMAS
BAGI TEMPOH 1 OKTOBER 2008 SEHINGGA 26 OKTOBER 2009
Tahun Peruntukan (RM) Perbelanjaan (RM)
2008 20,700,000.00 3,574,032.00
2009 20,700,000.00 15,618,123.88
Jumlah 41,400,000.00 19,192,155.88 -
Apakah rancangan kerajaan dalam usaha mempertingkatkan kualiti hidup Warga Emas di Selangor?
Kerajaan Negeri Selangor telah merancang program-program yang akan memberi
manfaat kesihatan kepada golongan warga emas ke arah meningkatkan kualiti
kehidupan mereka.