Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009
40) SUNGAI KLANG
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohamad Khir Bin Toyo
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Pada 16 Mac 2009, YAB Menteri Besar mengumumkan peruntukan sebanyak RM 10 billion bagi kos pembersihan dan pemulihan Sungai Klang yang akan selesai dalam masa dua tahun. Bilakah projek ini akan bermula?
Projek ini telah pun bermula. Sehingga kini, perkembangan yang semasa adalah seperti berikut: –
- JPBD telah memulakan proses pemetaan (mapping) di kawasan sekeliling Sungai Klang, menggunakan GIS (Geographical Information System). Bajet sebanyak RM200,000 telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) kepada JPBD dalam kerja pemetaan dan kaji selidik (survey) ini yang bertujuan untuk mengenal pasti rumah-rumah persendirian, kilang-kilang dan bangunan lain yang sedia ada di kawasan itu.
- Kerajaan juga telah mewartakan 500m tanah di sebelah kiri dan kanan Sungai Klang sepertimana yang telah diluluskan MMKN dan langkah ini akan memastikan tiada lagi pembangunan development yang akan dilakukan di kawasan tebing sungai (riverbanks).
- Pejabat Menteri Besar sedang dalam proses mengumpul cadangan-cadangan pembersihan sungai oleh syarikat-syarikat yang berpengalaman dalam projek sebegini. Satu tarikh yang sesuai akan ditetapkan untuk syarikat-syarikat ini membuat pembentangan kepada Jawatankuasa Tetap Projek Pembersihan Sungai Klang.
- MMKN telah juga meluluskan bajet sebanyak RM153,540 yang diperuntukkan kepada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) untuk tujuan membuat kaji selidik tanah untuk mengenal pasti semua pemilik-pemilik tanah yang terlibat dalam projek ini.
- Peruntukan juga akan diberi kepada JPS supaya dapat membuat pemetaan (mapping) Sungai Klang untuk mendapat maklumat terperinci mengenai Sungai Klang.
- Kempen Pembersihan Sungai Klang akan dicadangkan mula selewat-lewatnya bulan Oktober 2009. Sebelum itu Kerajaan Negeri Selangor akan bekerjasama dengan badan bukan kerajaan atau NGO seperti GEC (Global Environment Centre) yang mempunyai pengalaman dalam projek pembersihan sungai dengan komunitikomuniti di sekitar Lembah Klang.
- Jawatankuasa ini juga telah mengadakan satu siri perbincangan bersama beberapa perancang-perancang bandar profesional yang akan dilantik untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri untuk melakarkan dan mencartakan visi pembangunan Sungai Klang sebelum kerja-kerja pemuliharaan dibuat pada fasa awal yang akan melibatkan 21 kilometer pertama Sungai Klang di daerah Kelang. (re-worded)
-
Dari manakah Kerajaan Negeri akan memperoleh pembiayaan kewangan sebanyak RM 10 bilion tersebut.?
Projek pembersihan dan pemuliharaan Sungai Klang dijangka akan bernilai RM10 bilion. Namun demikian, ianya bukanlah dibiayai penuh oleh Kerajaan Negeri kerana ianya adalah projek “private finance initiative” di mana dananya akan diusahakan oleh syarikat swasta yang telah diberi mandat oleh Kerajaan Negeri untuk menjalankan projek berkenaan.
Syarikat-syarikat yang akan dipilih pastinya mempunyai pengalaman dalam bidang pembersihan sungai dan sehingga kini banyak syarikat dari dalam dan luar Negara telah menyatakan hasrat mereka untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam projek ini.
Jika adapun perbelanjaan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri dalam projek ini adalah untuk kerja-kerja awal. Perbelanjaan ini terdiri daripada dua komponen, iaitu dari Kerajaan Negeri Selangor dan syarikat-syarikat yang akan dijemput untuk membuat Joint-Venture (atau usaha-sama) dengan Kerajaan Negeri.
Kerajaan Negeri hanya akan mengeluarkan perbelanjaan untuk start-up sahaja, iaitu untuk memastikan bahawa kerja-kerja awal (initial groundwork) oleh jabatan-jabatan tertentu dilakukan terlebih dahulu. Contoh kerja-kerja awal termasuk menjalankan kaji selidik dan proses pemetaan. Selepas semua maklumat awal diperoleh, syarikat akan dilantik dan perjanjian dibuat dengan mereka supaya suatu PPP dapat dicapai.
-
Apakah Kerajaan Negeri berkemampuan membelanjakan RM 10 bilion hanya untuk projek membersihkan sungai?
Soalan ini tidak berbangkit kerana projek ini adalah “private finance initiative”.