Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

95) SKIM MIKROKREDIT SKIMSEL DAN MIMBAR SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Skim Mikrokredit SKIMSEL dan MIMBAR Selangor bertujuan untuk memberi pinjaman mikrokredit kepada usahawan mikro dalam dan luar bandar. Apakah benar dana daripada skim ini digunakan untuk tujuan selain daripada membantu usahawan mikro? Jika ada, sila jelaskan untuk apa dan berapakah nilainya.

    1. Skim Mikro Kredit Selangor(SKIMSEL) diuruskan oleh Yayasan Dar Al Qard Al Hasan (YDAQAHS) memberikan modal untuk tujuan ekonomi iaitu melaksanakan projek ekonomi kecil-kecilan. Selain itu peserta juga diberikan pembiayaan pendidikan untuk membiayai keperluan pendidikan. Jumlah RM untuk pembiayaan pendidikan yang diberikan kepada peserta ialah kurang daripada RM 1000 seorang dengan  syarat  mereka mampu membayar balik untuk pembiayaan ekonomi dan
  2. Berapakah kos operasi pentadbiran dan pengurusan tahunan Skim Mikrokredit SKIMSEL dan MIMBAR Selangor?

    1. Berdasarkan Bajet 2011 yang telah dibentangkan kepada Lembaga Pemegang Amanah SKIMSEL pada 21 Januari 2011, kos operasi tahun 2011 ialah sebanyak 4.5 juta. Manakala pendapatan dari caj perkhidmatan dijangka 2.5 juta. Mengikut perancangan pihak kami break-even point dijangka akan dapat dicapai sepenuhnya pada tahun 2014. Kos operasi ini merangkumi gaji kakitangan, ubahsuai pejabat dan melengkapkan keperluan 6 pejabat operasi di setiap daerah. Kos operasi tahun 2011 lebih tinggi kerana urusan menyediakan peralatan pejabat seperti komputer, alatan pejabat, ubahsuai pejabat, ‘wiring’, insurans dan lain-lain. Pada tahun 2012 dijangka kos ini hampir tiada apabila semua urusan ubahsuai selesai dibuat pada tahun 2011. Kos operasi juga dijangka akan berkurangan apabila urusan sewaan pejabat di pejabat daerah dapat dikurangkan atau dikecualikan dan yang kedua ialah pengambilan kakitangan adalah perlahan walaupun sasaran kakitangan seramai 96 orang. Sehingga kini pihak kami mempunyai 54 orang kakitangan. Bakinya akan diambil secara berperingkat untuk  urusan pengembangan operasi di enam daerah

Lampiran

Tiada Lampiran.