Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

122) CAJ PEMBANGUNAN BAGI PROJEK PEMBANGUNAN

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Huraikan apakah kerajaan bercadang menguatkuasakan caj pembangunan di seluruh PBT di Selangor?

    1. Mengikut Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), Caj Pemajuan ialah bayaran yang dilevi oleh Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) kepada mana-mana permohonan pemajuan sekiranya terdapat Rancangan Tempatan atau pengubahan Rancangan Tempatan yang  menyebabkan  kenaikan nilai

     

    Berdasarkan peruntukan Subseksyen 32(1) Akta 172, Caj Pemajuan hendaklah dikenakan jika suatu Rancangan Tempatan atau pengubahan Rancangan Tempatan di kawasan PBPT tersebut mengakibatkan tiga jenis  perubahan  seperti berikut:

     

    1. Perubahan tanah;
    2. Perubahan ketumpatan (kepadatan atau density); dan
    • Perubahan luas lantai (nisbah plot)

     

    Sementara Caj Pemajuan boleh dikenakan apabila suatu Rancangan Tempatan menyebabkan berlaku perubahan penggunaan tanah, bayaran ini hanya boleh dikenakan ke atas perubahan kepadatan atau perubahan luas lantai apabila terdapatnya pengubahan Rancangan Tempatan.

     

    Bagi permohonan-permohonan pemajuan yang tidak melibatkan perubahan- perubahan tersebut tidak akan dikenakan Caj Pemajuan.

     

    Di Negeri Selangor, MMKN ke 3/2010 yang bersidang pada 20  Januari  2010 telah meluluskan Pelaksanaan Caj Pemajuan dan Cadangan Pewartaannya. Kaedah-Kaedah Caj Pemajuan 2010 hendaklah diguna pakai sepenuhnya di dua belas (12) Pihak Berkuasa Tempatan dalam Negeri Selangor bagi tujuan keseragaman. Prinsip asas Caj Pemajuan adalah perkongsian keuntungan disebabkan oleh kenaikan nilai tanah di antara pemunya tanah dan orang awam melalui PBPT. Pengenaan caj terhadap pemajuan ini akan membolehkan PBPT

     

     

     

    menyediakan keperluan awam tambahan. Mengikut Subseksyen 34(4) Akta 172, semua jumlah wang yang diterima melalui akaun caj pemajuan hendaklah dimasukkan ke dalam kumpulan wang PBT yang berkenaan.

     

    Seterusnya Kaedah-Kaedah Caj Pemajuan 2010 yang disediakan di bawah peruntukan Seksyen 35 Akta 172 (iaitu kuasa Pihak Berkuasa Negeri untuk membuat kaedah-kaedah) telah diwartakan dalam warta Kerajaan Negeri Selangor melalui No. Warta Sel. P.U.36 pada 25hb. November 2010.

     

    Notis pemberitahuan melalui akhbar juga telah disiarkan dalam akhbar-akhbar seperti jadual berikut :-

     

    BIL. NAMA AKHBAR TARIKH / HARI
    1. Berita Harian 08 Februari 2011 – Selasa
    2. New Starits Times 08 Februari 2011 – Selasa
    3. Selangor Times 11 – 13 Februari 2011
    4. Selangor Kini Edisi Pertama Februari 2011

     

    Kaedah-Kaedah Caj Pemajuan 2010 hendaklah berkuat kuasa dan diguna pakai oleh ke semua Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor bermula dari tarikh pewartaan iaitu 25hb. November 2010. Sehingga kini hanya terdapat dua (2) PBPT yang telah mengenakan Caj Pemajuan di Negeri Selangor iaitu Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Majlis Perbandaran Sepang.

     

  2. Kenapa caj pembangunan di Majlis Perbandaran Sepang mencecah sehingga 30% hinggakan ada rungutan ia membebankan rakyat

    1. Berdasarkan Kaedah-Kaedah Caj Pemajuan 2010 yang telah diwartakan, Caj Pemajuan adalah berdasarkan kepada peratusan daripada kenaikan nilai tanah asal dan nilai tanah baru sama ada melibatkan perubahan penggunaan tanah, peningkatan kepadatan ataupun peningkatan luas lantai (nisbah plot)

     

    Kadar Caj Pemajuan yang telah ditetapkan di Negeri Selangor ialah seperti berikut:-

     

    Majlis Bandaraya Ma jlis Perbandaran Majlis Daerah
    30%

    tanah

    x kenaikan nilai 30%

    tanah

    x kenaikan nilai 20%

    tanah

    x kenaikan nilai

     

    Dengan ini, pengiraan Caj Pemajuan yang dikenakan sebanyak 30% di kawasan Majlis Perbandaran Sepang contohnya hanya melibatkan peratusan daripada perbezaan kenaikan nilai (sekiranya ada) bukannya 30% daripada kos projek ataupun kos pembangunan.

     

    Peratusan ini juga adalah bersamaan dengan kadar bayaran Caj Pembangunan yang dikenakan oleh DBKL.

     

  3. Apakah kerajaan sedar yang caj ini akan mengakibatkan peningkatan harga rumah dan menyukarkan pemaju kecil. Apakah jalan penyelesaiannya ?

    1. Kerajaan Negeri mengenakan Caj Pemajuan ini bagi menaiktaraf kemudahan awam untuk penduduk setempat. Caj Pemajuan ini juga bertujuan untuk perkongsian keuntungan hasil peningkatan nilai tanah bagi Pihak Berkuasa Tempatan menyediakan kemudahan

     

    Sekiranya kurang berkemampuan, pemohon boleh  membuat  pembayaran  secara ansuran kepada Pihak Berkuasa Tempatan bagi pemajuan melibatkan jumlah Caj Pemajuan melebihi RM100,000. Mengikut Subkaedah 7(3) Kaedah- Kaedah Caj Pemajuan 2010, pemohon boleh diberi kebenaran  untuk  menjelaskan bayaran Caj Pemajuan dengan tiga (3) kali ansuran melalui Borang  C – Kebenaran Membayar Caj Pemajuan Secara Ansuran dalam Kaedah  tersebut.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.