Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
49) PEMBANGUNAN TANAH-TANAH PROJEK TAMAN AGROTEK YANG DIAMBIL SEMULA DARI PKPS
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan usaha-usaha yang telah diambil dan perancangan kerajaan negeri di dalam membangunkan tanah-tanah Projek Taman Agrotek yang telah diambil dari PKPS?
Buat masa ini tiada tanah-tanah Taman Kekal Pengeluaran Makan (TKPM) atau Taman Agrotek diambil daripada PKPS. Walau bagaimanapun, terdapat tanah- tanah yang telah diguna pakai untuk tujuan Program TKPM iaitu di TKPM Hulu Yam, Hulu Selangor merupakan tanah hak milik Permodalan Negeri Selangor (PNSB) dan TKPM Bestari Jaya, Kuala Selangor tanah hak milik Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB)
-
Sila nyatakan kesesuaian sebahagian tanah-tanah ini untuk dibangunkan bagi projek Maahad Tahfiz Sains di DUN Dusun Tua?
- Tanah-tanah Taman Kekal Pengeluaran Makanan adalah tidak sesuai untuk dibangunkan Maahad Tahfiz Sains kerana ianya telah dikhususkan kepada program pertanian sahaja.