Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
40) KADAR CAPAIAN INTERNET (WIFI DAN UNIFI)
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah kadar capaian internet untuk keseluruhan Negeri Selangor mengikut pecahan PBT bagi tahun 2008-2013 dan sasaran untuk meningkatkan kadar pencapaian ini?
Berdasarkan data daripada SKMM (Suruhanjaya Komunikasi Multimedia), kadar capaian internet untuk keseluruhan Negeri Selangor meningkat dari tahun ke tahun. Ini menunjukkan usaha-usaha kerajaan negeri bagi meningkatkan capaian internet ke seluruh negeri Selangor berhasil dengan memberikan perkhidmatan WiFi
Berdasarkan makluman yang diberikan oleh pihak SKMM, sasaran penembusan jalur lebar di peringkat nasional adalah 75% penembusan pada tahun 2015. Manakala pencapaian di Negeri Selangor adalah CEMERLANG iaitu sebanyak 78.7% berbanding tahap pencapaian telah melebihi penembusan peringkat nasional 67.2. Pada masa kini pihak SKMM belum mempunyai data pecahan mengikut PBT di negeri Selangor.
Jadual di bawah menunjukkan peningkatan kadar penembusan jalur lebar di Negeri Selangor dari tahun 2008 sehingga November 2013
Tahun Kadar Penembusan (%) 2008 33.2 2009 49.1 2010 67.3 2011 74.8 2012 77.6 2013 (sehingga 2 Nov 2013) 78.7 *Sumber daripada SKMM
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri Selangor untuk memastikan keseluruhan Selangor mendapat perkhidmatan internet yang cepat dan lancar demi menyenangkan urusan harian?
Seperti yang telah saya maklumkan, memandang kadar penembusan capaian internet Negeri Selangor melebihi sasaran peringkat nasional, maka sebenarnya kita memiliki kadar penembusan internet yang
Kerajaan sentiasa berusaha memperluaskan capaian dan prestasi perkhidmatan luar bandar agar lebih ramai penduduk mendapat akses internet. Oleh yang demikian, Kerajaan dalam perancangan untuk menambahkan lagi bilangan hotspot Wifi Selangorku di masa-masa akan datang