Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
140) PEMBANTU KHAS KEPADA ISTERI DATOÕ MENTERI BESAR
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Atas peruntukan peraturan manakah isteri MB diberikan seorang pembantu khas?
Peruntukan Pembantu Khas kepada isteri YAB Dato’ MB adalah sebahagian dari kemudahan yang diberi kepada YAB Dato’ Menteri Besar selaku Pengerusi Lembaga Pengarah MBI.
-
Apakah terma perjawatan pembantu khas?
Jawatan Pembantu Khas isteri YAB Dato’ Menteri Besar adalah perjawatan dibawah MBI. Jawatan ini ditugaskan untuk membantu isteri YAB Menteri Besar didalam melaksanakan program kemasyarakatan dan sosial.
Isteri YAB Dato’ Menteri Besar Selangor adalah Pengetua Pertubuhan Kebajikan Dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS) yang mana ia merupakan sebuah pertubuhan NGO yang dianggotai oleh mereka seperti berikut :-
- Wanita yang dilantik sebagai Speaker, Timbalan Speaker, Ahli-Ahli EXCO, Ahli-Ahli Dewan Negeri dan Ahli Dewan Rakyat dalam Negeri Selangor,
- Wanita yang dilantik sebagai Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negara dalam Negeri Selangor sahaja, atau
- Isteri-isteri kepada Ahli Dewan Negeri, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negara dalam Negeri Selangor sahaja; atau
- Orang perseorangan yang dilantik melalui jemputan khas oleh Majlis Tertinggi sahaja.
Antara lain matlamat PEKAWANIS adalah mengadakan kegiatan-kegiatan kebajikan, kemasyarakatan dan sosial.
Pembantu Khas Isteri YAB Dato’ Menteri Besar juga adalah Setiausaha PEKAWANIS yang antara lain bertanggungjawab menyediakan programprogram kemasyarakatan isteri YAB Dato’ Menteri Besar.
Pelantikan kejawatan ini secara kontrak untuk tempoh dua tahun dan disemak untuk lanjutan selama dua tahun berikutnya.
-
Apakah kemudahan-kemudahan yang diberikan kepada pembantu khas?
Pembantu Khas menerima gaji , elaun perjalanan, elaun telefon serta mendapat perlindungan insurans hayat dan perubatan mengikut terma dan syarat perkhidmatan kakitangan MBI.