Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

49) HUTANG KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan secara terperinci berapakah tunggakan hutang terkini Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan?

    Sehingga 30 September 2015, jumlah keseluruhan tunggakan terkini hutang Kerajaan Negeri Selangor kepada Kerajaan Persekutuan adalah sebanyak RM6,729,918.00 dan perinciannya adalah seperti berikut:

     

    Bil. Butiran

    Pinjaman

    Amaun

    pokok

    Amaun

    faedah

    Jumlah

    keseluruhan

    1. Projek      Bekalan

    Air

    2. Projek         Awam

    Kos Rendah

    4,499,324.69 2,230,593.31 6,729,918.00
    3. Pelbagai

    Pinjama0n

    Jumlah 4,499,324.69 2,230,593.31 6,729,918.00

     

    Kerajaan    Negeri    bercadang    untuk    menyelesaikan    hutang                    tertunggak sebanyak RM6,729,918.00 pada tahun 2016.

  2. Sila senaraikan semua Hutang Kerajaan Negeri secara perbandingan di seluruh Malaysia ?

    Memandangkan kebanyakan Kerajaan Negeri masih belum membentangkan Penyata Kewangan Tahun 2014 di Dewan Undangan Negeri masing-masing, maka data tunggakan adalah berdasarkan data Penyata Kewangan Tahun 2013. Jumlah tunggakan hutang secara perbandingan dikalangan negeri- negeri kepada Kerajaan Persekutuan sehingga 31 Disember 2013 (telah diaudit) adalah seperti berikut:

     

     

    Bil

     

    Negeri

    Jumlah tunggakan hutang pada 31.12.2013

    RM Juta

    1. Sabah Tiada
    2. Pulau Pinang Tiada
    3. Perak Tiada
    4. Sarawak 2.28
    5. Selangor 49.27
    6. Perak 88.86
    7. Negeri Sembilan 111.38
    8. Perlis 189.45
    9. Melaka 225.55
    10. Kelantan 247.16
    11. Terengganu 435.27
    12. Pahang 654.02
    13. Kedah 1,057.29

     

  3. Sila nyatakan bagaimanakah prestasi Negeri Selangor dalam konteks membayar balik hutang tersebut kepada Kerajaan Persekutuan?

    1. Jumlah hutang yang dibayar oleh Kerajaan Negeri Selangor sejak lima (5) tahun yang lalu adalah seperti berikut:

     

    Bayaran Balik Pinjaman Kepada Kerajaan Persekutuan
    Tahun Pokok Faedah Jumlah
    RM RM RM
    2011 25,008,813.38 5,261,186.62 30,270,000.00
    2012 120,334,728.99 6,998,251.44 127,332,980.43
    2013 25,072,831.44 6,834,250.75 31,907,082.19
    2014 23,012,880.85 8,894,283.34 31,907,164.19
    2015 16,150,775.32 6,486,306.87 22,637,082.19
    Jumlah 209,580,029.98 34,474,279.02 244,054,309.00

     

    Sehingga 30 September 2015, jumlah keseluruhan tunggakan terkini hutang Kerajaan Negeri Selangor kepada Kerajaan Persekutuan adalah sebanyak RM6,729,918.00 atau 0.7% daripada keseluruhan baki pinjaman dengan Kerajaan Persekutuan yang berjumlah RM928,684,012.53. Kerajaan Negeri bercadang untuk menyelesaikan hutang tertunggak sebanyak RM6,729,918.00 pada tahun 2016.

Lampiran

Tiada Lampiran.