Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
286) EKONOMI ANAK MUDA
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah anak muda yang berjaya memohon rumah mampu milik di Selangor dan peratusannya daripada jumlah pemohon yang berjaya?
Sejak rumah mampu milik diperkenalkan di Negeri Selangor pada tahun 2010 sehingga tahun 2014, jumlah permohonan yang telah ditawarkan rumah mampu milik adalah seramai 3,261 orang. Daripada jumlah tersebut, dianggarkan sebanyak 978 orang atau 30% pemohon adalah terdiri daripada golongan belia yang berumur 40 tahun ke
-
Berapakah bilangan kerja yang ditawarkan oleh Kerajaan Selangor kepada Anak Muda sejak tahun 2013 hingga Julai 2015?
Tawaran pekerjaan untuk berkhidmat dengan Kerajaan Negeri Selangor sama ada secara lantikan tetap, kontrak atau sambilan dibuka kepada orang ramai dari semasa ke semasa berdasarkan keperluan Jabatan dan Bahagian berkaitan. Peluang pekerjaan yang ditawarkan di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor bagi tempoh tahun 2013 hingga Februari 2015 adalah sebanyak 1,439 orang yang terdiri daripada golongan anak muda di mana had umur bagi permohonan jawatan adalah 35 tahun ke bawah. Perinciannya adalah seperti berikut :-
Tahun Tawaran Pelantikan Tetap Kontrak Sambilan 2013 399 177 29 2014 519 214 57 Februari 2015 Tiada 31 13 Jumlah 918 422 99