Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

285) BAS SELANGORKU

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan negeri akan meluaskan liputan Bas Selangorku seperti di Puchong untuk mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas?

    Pihak Kerajaan Negeri sentiasa melihat keperluan penambahbaikan sistem pengangkutan awam dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang memainkan peranan penting dalam membangunkan usaha-usaha penambahbaikan pengangkutan awam di kawasan masing-masing. Dengan terlaksananya perkhidmatan Bas Selangorku yang berjaya dilancarkan dan dimulakan di kawasan Shah Alam, Subang Jaya dan Klang, Kerajaan Negeri yakin dapat memperluaskan perkhidmatan bas percuma tersebut dengan penambahan laluan ke kawasan seperti di Kinrara berdasarkan sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat sekitar yang menerima perkhidmatan Bas Selangorku di Subang

  2. Apakah rancangan kerajaan dalam meningkatkan sambungan jajaran antara stesen LRT dan Bas Selangorku?

    Kerajaan Negeri dalam melaksanakan Bas Selangorku telah meletakkan keperluan untuk menghubungkan laluan di antara perkhidmatan bas dengan pengangkutan awam yang lain seperti komuter dan stesen LRT bagi kemudahan penumpang untuk bergerak menggunakan perkhidmatan awam. Bagi laluan pertama Bas Selangorku yang dikendalikan oleh ketiga-tiga PBT iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Majlis Perbandaran Klang (MPK) telah dihubungkan dengan pengangkutan keretapi komuter iaitu di stesen komuter Seksyen 19 di Shah Alam, stesen komuter Subang Jaya dan stesen komuter Klang. Manakala perancangan bagi fasa kedua yang akan dilaksanakan di kawasan Ampang Jaya dan Kajang pula akan dihubungkan dengan pengangkutan LRT dan MRT seperti di stesen LRT Cempaka, Ampang, Cahaya dan Pandan Indah serta MRT Kajang. Kesinambungan laluan yang menghubungkan antara stesen pengangkutan awam yang lain akan meningkatkan kadar penggunaan pengangkutan awam serta dapat mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian dan mengurangkan masalah kesesakan jalan

  3. Nyatakan butiran kos operasi setahun bagi menyokong perjalanan Bas Selangorku.

    Kerajaan Negeri telah membelanjakan sebanyak RM3,481,676.00 setahun dalam menjayakan penyediaan perkhidmatan Bas Selangorku di tiga kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Majlis Perbandaran Klang (MPK). Kos tersebut meliputi kos sewaan bas, rekabentuk wrapping dan cukai GST. Butiran kos operasi setahun Bas Selangorku adalah seperti berikut:

     

    BUTIRAN KOS BAGI PELAKSANAAN BAS SELANGORKU DI MBSA, MPSJ DAN MPK

     

       

    MBSA

     

    MPSJ

     

    MPK

    Jumlah Keseluruhan
    1. Kos Sewa Bas dan Penyelenggaraan        
    RM800 sehari / bas RM1,171,200.00 RM1,171,200.00 RM878,400.00 RM3,220,800.00
    Tambahan GST 6 % RM70,272.00 RM70,272.00 RM52,704.00 RM193,248.00
    2. Wrapping Bas        
    RM5,800 setahun / bas  

    RM23,200.00

     

    RM23,200.00

     

    RM17,400.00

     

    RM63,800.00

    Tambahan GST 6% RM1,392.00 RM1,392.00 RM1,044.00 RM3,828.00
    JUMLAH SETIAP

    PBT

     

    RM1,266,064.00

     

    RM1,266,064.00

     

    RM949,548.00

     

    RM3,481,676.00

     

Lampiran

Tiada Lampiran.