Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
229) PENYELENGGARAAN PERPARITAN DI KAWASAN KAMPUNG SEKITAR DUN SUNGAI BURONG
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Banyak aduan masalah perparitan di kawasan kampung sekitar DUN Sungai Burong tidak diselenggarakan dengan baik. Bagaimanakah perlaksanaan sistem penyelenggaraan perparitan berjadual yang di rancangkan oleh kerajaan negeri?
Pada dasarnya, Kerajaan Negeri sentiasa melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan parit termasuk kerja-kerja pengorekan parit sebanyak 1 ke 2 kali dalam tempoh setahun mengikut keadaan parit serta peruntukan yang diperolehi. Bagi kerja penyelenggaran berkala pula, pihak JPS melantik JKKK secara rundingan terus dengan melakukan kerja-kerja tebasan secara manual (gotong royong) sebanyak 3 kali bagi kawasan ‘coastal belt’ dan 4 kali bagi kawasan pengairan dalam masa
-
Berapakah peruntukan yang disalurkan untuk penyelenggaraan perparitan mengikut DUN bagi 2014 & 2015?
Peruntukan yang diperolehi telah diperuntukkan bagi kerja-kerja penyelenggaraan parit seperti butiran di bawah yang merangkumi keseluruhan daerah Kuala Selangor. Walaubagaimanapun, pembahagian peruntukan tersebut tidak mengikut DUN sebaliknya mengikut kawasan saliran dan juga kawasan
Bil Tahun Peruntukan Diterima (RM)
1 2014 4,000,000.00 2 2015 4,500,000.00 Jumlah Keseluruhan
8,500,000.00