Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
234) BADAN PENGURUSAN BERSAMA FLAT (JMB)
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Senaraikan PBT yang menguruskan flat kos rendah yang gagal menubuhkan badan pengurusan bersama (JMB) dan kos yang terlibat
Tiada PBT yang mengambil pengurusan flat kos rendah yang gagal menubuhkan badan pengurusan bersama (JMB) kerana ia bukan di bawah bidang kuasa agensi tersebut.
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri khasnya untuk flat yang tidak mampu tubuhkan JMB kerana tidak cukup kuorum?
Berdasarkan peruntukan Seksyen 25, Akta Bangunan Dan Harta Bersama (Penyenggaraan Dan Pengurusan 2007) Akta 663, Pesuruhjaya Bangunan boleh melantik ejen pengurusan untuk melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan di pangsapuri berkaitan. Namun begitu, Kerajaan Negeri mendapati, pengurusan bangunan yang dilaksanakan oleh jawatankuasa JMB atau MC adalah lebih baik melalui kos pengurusan yang lebih optimum. Oleh demikian, Kerajaan Negeri dari semasa ke semasa akan memperhebatkan strategi pelaksanaan Kempen “Pangsapuri Kita…Bersih, Ceria Dan Harmoni” untuk memberi kesedaran kepada penduduk pangsapuri mengenai kepentingan penubuhan JMB atau MC serta tanggungjawab bersama untuk menjaga pangsapuri mereka khususnya kepentingan membayar caj penyenggaraan. Ini adalah kerana antara faktor tidak cukup kuorum untuk menubuhkan JMB adalah disebabkan pemilik tidak berminat atau pemilik mempunyai tunggakan caj. Terdapat juga sebahagian Unit Pesuruhjaya Bangunan yang pro-aktif mengadakan program turun padang bersama penduduk melibatkan ahli majlis, ahli dewan undangan negeri dan ahli parlimen mengadakan rundingan dengan para penduduk terlebih dahulu sebelum tindakan melantik ejen pengurusan dilaksanakan.