Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

229) MASALAH ALIRAN TRAFIK DI KAWASAN WANGSA PERMAI, MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan yang akan diambil oleh MPS terhadap premis yang didirikan di atas tapak cadangan Jalan Wangsa Permai 3/4 yang telah menghalang pembinaan cadangan Jalan Utama ke Jalan Ida 1?

    Cadangan pembinaan jalan pintas daripada Jalan Wangsa Permai ¾ ke Jalan 1DA1 adalah tidak bersesuaian kerana:

    • Perbezaan aras tanah sementara jalan Permai ¾ di Jalan 1DA1 sejauh 4m. (Terlalu tinggi untuk pembinaan ramp)
    • Jalan Permai ¾ selebar 7m (2 lorong) dan sempit untuk dijadikan sebagai jalan utama
  2. Apakah perancangan pembesaran jalan di Jalan Aman dan Jalan Kip 2?

    Pihak majlis dalam perancangan melantik Juruukur Tanah untuk mengenalpasti kelebaran jalan yang bersesuaian untuk cadangan menaiktaraf jalan berkenaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.