Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

49) INFRASTRUKTUR SUKAN

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah peruntukan khusus untuk membaik pulih gelanggang sukan setiap dun?

    Kerajaan Negeri Selangor telah mengumumkan peruntukan pembangunan untuk membaikpulih kemudahan sukan di Negeri Selangor bagi tahun 2015 berjumlah RM 12,000,000.00 melalui pembentangan bajet pada Sidang Dewan Undangan Negeri yang lalu. Daripada jumlah itu, sebanyak RM 20,000.00 diperuntukkan bagi setiap DUN bagi kerja-kerja baikpulih kemudahan sukan di kawasan DUN di Negeri Selangor bagi tahun 2015 di mana berjumlah keseluruhan adalah RM 1,120,000.00.

  2. Sekiranya ada, bagaimana cara untuk mendapatkan peruntukan tersebut?

    Peruntukan kewangan bagi baikpulih ini diuruskan oleh pihak Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN). Pihak UPEN akan menyalurkan peruntukan tersebut mengikut permohonan yang diterima oleh pihak DUN.

  3. Apakah sasaran sukma akan datang?

    Sasaran kontinjen negeri pada SUKMA akan datang adalah untuk memperbaiki kedudukan sekurang – kurangnya 3 terbaik memandangkan pada SUKMA yang lepas kontinjen Selangor mendapat kedudukan ke-4. Telah menjadi budaya dalam SUKMA itu sendiri, pihak tuan rumah iaitu Sarawak akan mencari kelemahan kontinjen lain agar negeri tuan rumah menjadi juara.

    Bagi kontinjen negeri Selangor, ianya menjadi satu tanggungjawab untuk sentiasa membuat persembahan atau penampilan yang terbaik di setiap SUKMA dan berusaha untuk mendapatkan pingat emas sebanyak mungkin untuk Negeri Selangor dan melahirkan atlet yang boleh menjadi wakil Negara pada masa akan datang.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.