Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
197) URUSAN SEKOLAH RENDAH AGAMA KAMPUNG CHERAS BARU
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah peruntukan yang Kerajaan Selangor sediakan untuk membaiki dan menambahkan bilik kelas sekolah rendah agama di Selangor?
Sebagaimana diluluskan oleh Dewan Negeri Selangor, peruntukan yang diterima oleh Jabatan Agama Islam Selangor bagi Vot P14 01021: Baikpulih Sekolah Agama bagi tahun 2016 adalah berjumlah RM2,499,700.00.
-
Berapakah lama untuk memproses satu permohonan untuk membaiki bangunan sekolah rendah agama?
Tempoh memproses adalah unik bagi setiap permohonan. Semua permohonan yang diterima akan dinilai oleh Jabatan Agama Islam Selangor dan keutamaan diberikan kepada sekolah yang kerosakannya adalah di tahap kritikal dengan mengambilkira aspek-aspek keselamatan dan kefungsian seperti kebocoran bumbung, pendawaian elektrik, sistem perpaipan tandas, mengecat dan yang berkaitan dengan skop pembangunan. Walau bagaimanapun, ianya bergantung juga pada peruntukan kewangan yang diterima pada tahun tersebut.