Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
185) PERSATUAN BOLA SEPAK SELANGOR (FAS)
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah peruntukan kepada FAS dari 2014-2016
Bagi tempoh tiga (3) tahun terkini (tahun 2014 hingga 2016) butiran peruntukan yang telah disalurkan kepada Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) adalah seperti jadual berikut:
Perkara Tahun Penyaluran (RM)
Jumlah 2014 2015 2016 Penyaluran Peruntukan Kepada FAS 10,500,000.00 16,970,563.00 17,794,989.50 42,265,552.50 -
Senaraikan semua program pembangunan yang telah dilaksanakan pada tahun 2016 serta kosnya
2016 telah dikendalikan sepenuhnya oleh FAS sendiri. Oleh yang demikian, tiada maklumat yang dapat diperolehi berkaitan program pembangunan yang telah dilaksanakan oleh FAS serta kos yang terlibat ke atas program berkenaan.