Share

Speaker

Jawatan Speaker Dewan terkini disandang oleh
Y.B. Pn. Hannah Yeoh Tseow Suan iaitu
ADN Subang Jaya.

Klik sini untuk Senarai Speaker >

Maklumat lanjut berkenaan Speaker 

Yang Berhormat Puan Hannah Yeoh Tseow Suan adalah Speaker Dewan Negeri Selangor dan merupakan Ahli Dewan Negeri Selangor bagi Kawasan N31 Subang Jaya. Beliau memenangi Pilihan Raya Umum Kedua Belas pada tahun 2008 dengan mewakili DAP pada usia 29 tahun. Seawal usia 34 tahun, beliau telah dilantik sebagai Speaker Dewan Negeri Selangor, menjadikan beliau sebagai wanita pertama dan termuda di Malaysia yang dilantik untuk memegang jawatan penting tersebut. Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang daripada University of Tasmania. Beliau telah berkahwin dengan Ramachandran M, seorang usahawan IT dan dikurniai dua orang puteri; Shay Adora dan Kayleigh Imani Ram. Pasangan ini tekad untuk membangunkan negara yang bebas rasuah dan diskriminasi kaum serta berazam untuk menjadi sumber inspirasi kepada rakyat Malaysia.

Maklumat Pejabat Speaker

Pejabat Speaker
Tingkat 1, Bangunan Annex,
Bangunan Dewan Negeri Selangor
40680 Shah Alam Selangor

Telefon: 03-5519 2475, 5544 7621, 5544 7806
Faks: 03-5519 3302