(Video) SELCAT Siasat Wabak Denggi Tertinggi Di Selangor.

(VIDEO) SELCAT SIASAT WABAK DENGGI TERTINGGI DI SELANGOR

 

18 FEBRUARI 2016

Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT) bakal mengadakan pendengaran awam mengenai ‘Wabak Denggi di Selangor’ 23 Februari ini.

Jawatankuasa itu memutuskan untuk menyiasat perkara berkenaan berikutan Selangor merekodkan kadar jangkitan wabak denggi tertinggi.

Berdasarkan maklumat terkini Jabatan Kesihatan Selangor, 63 ribu 198 kes denggi telah dilaporkan tahun lalu.

Manakala untuk tempoh 1 Januari tahun ini sehingga 2 Februari lepas, sebanyak 7 ribu 335 kes denggi dicatatkan.

Lihat Video