Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

171) STATUS TANAH DI KAMPUNG KERANDANG BUKIT TAGAR

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan status tanah di Kampung Kerandang Bukit Tagar yang terdapat lebih kurang 750 peneroka yang telah lama mengusahakan tanah tersebut?

    PTD Hulu Selangor melalui fail PTUS: (R) 07/13/PB01/0136/022004 bertarikh 26.6.2008 telah mengemukakan kertas ringkasan untuk pertimbangan MMKN seperti berikut:

    Permohonan Untuk Membatalkan Sebahagian Kawasan Hutan Simpan Bukit Tarek GN 2835 -14 Seluas 1198.50 Hektar Mukim Sungai Tinggi Daerah Hulu Selangor; dan

    Permohonan Pelupusan Secara Pemberimilikan Di Atas Tanah Kerajaan Di Bawah Seksyen 76 Kanun Tanah Negara Seluas 0.6 Hektar – 1.5 Hektar/Lot Di Mukim Sungai Tinggi Daerah Hulu Selangor daripada HAIRUL AZMAN B MD NOH dan 779 Pemohon .

    Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor ke 25/2009 bertarikh 12 Ogos 2009 melalui Kertas  EXCO-MTES No: 2/22/2009 tidak membincangkan mengenai kertas ringkasan Pejabat Tanah tetapi membincangkan kertas ringkasan daripada Pejabat Hutan Negeri Selangor melalui fail PHN.SEL (S) 01/5/53 Klt 5 dengan menimbang dan bersetuju dengan perkara-perkara seperti berikut:

    1. Mengekalkan kawasan terokaan seluas lebih kurang 354 hektar berkenaan sebagai Hutan Simpan. Jabatan Perhutanan Selangor akan mengambil tindakan untuk menghutankan semula kawasan yang telah diteroka secara haram;
    2. Jabatan Perhutanan juga akan mengambil tindakan ke atas penerokapeneroka yang telah menceroboh Hutan Simpan tersebut secara haram;
    3. Mengenakan caj ke atas peneroka haram dan penduduk yang telah mengusahakan tanah tersebut tanpa kebenaran Kerajaan Negeri; dan
    4. PTD Hulu Selangor diminta menolak terus sebarang permohonan pemberimilikan ke atas hutan ini pada masa akan datang.

    PTD Hulu Selangor telah mengambil maklum ke atas keputusan tersebut.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.