Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

19) SIJIL UEC

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejauh manakah sijil UEC diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Selangor?

    Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 21 Oktober 2015 telah bersetuju agar Sijil Peperiksaan Bersatu (UEC) diiktiraf bagi penyambungan pengajian di peringkat pengajian tinggi. Pada masa ini, Universiti Selangor (UNISEL), Kolej Universiti Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Kolej Antarabangsa Industri Pendidikan Selangor (INPENS) bersetuju untuk menerima kemasukan daripada pelajar lepasan

    Pada masa ini, KUIS sudah pun mendapatkan pengiktirafan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) berkenaan UEC untuk beberapa program, manakala UNISEL pula sedang di dalam proses mendapat pengiktirafan UEC sebagai sijil yang setara dengan sijil asasi, daripada pihak MQA untuk program-program kursus pembelajaran.

  2. Berapakah graduan lepasan UEC telah memohon dan ditempatkan ke Unisel?

    Pada masa ini UNISEL masih belum menerima pelajar graduan UEC kerana kelulusan syarat kemasukan masih lagi diproses oleh pihak

  3. Apakah usaha kerajaan negeri dalam menarik lebih ramai graduan UEC ke Unisel?

    Pada masa ini, Kerajaan Negeri masih menantikan kelulusan daripada pihak Kementerian Pengajian Tinggi berkenaan permohonan tambahan syarat masuk menggunakan UEC. Menurut KPTM, permohonan tersebut masih di dalam proses setelah menerima permohonan pihak UNISEL pada Julai yang lalu. Pihak Kerajaan Negeri bersama pihak UNISEL, giat berusaha untuk menarik lebih ramai pelajar ke

Lampiran

Tiada Lampiran.