Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

131) Rumah Idaman Rakyat Selangor

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status pelaksanaan Skim Rumah Idaman?

    Mesyuarat Jawatankuasa Induk Rumah Selangorku Bil. 6/2020 pada 28 Ogos 2020 telah meluluskan pembinaan hamper 42,100 unit Rumah Idaman di beberapa lokasi sekitar Selangor.

    Maklumbalas dari mesyuarat tersebut memerlukan perbincangan lanjut dengan Pihak Berkuasa Tempatan (“PBT”) berkenaan had maksimum density yang dibenarkan bagi pembangunan Rumah Idaman sebelum permohonan dimuktamadkan dan sebelum diangkat ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk pertimbangan.

  2. Berapakah jumlah rumah yang telah siap tersedia untuk pelaksanaan skim ini?

    Sebanyak 2,059 unit telah mencapai tahap 80% siap. Projek bagi pembangunan baki unit akan dimulakan dalam tempoh 3 tahun selepas kelulusan MMKN diperolehi.

Lampiran

Tiada Lampiran.