Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

118) PERATURAN JUALAN ARAK

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan negeri telah mengarahkan PBT untuk menarik balik larangan orang Islam bekerja di premis yang menyajikan arak. Adakah arahan ini selaras dengan peruntukan dalam Enakmen Jenayah Syariah Selangor?

    1. Arahan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri adalah kepada PBT dan bukannya kepada Jabatan Agama Islam Selangor. Enakmen Jenayah Syariah Selangor terletak memberi kuasa kepada JAIS untuk menguatkuasakan undang-undang tersebut manakala bagi PBT ia hanya boleh mensyaratkannya di bawah syarat-syarat lesen. oleh yang demikian,  arahan Kerajaan Negeri tidak bercanggah secara langsung kerana agensi yang diarahkan untuk menarik balik sebenarnya bukan agensi yang mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan Enakmen Jenayah Syariah Selangor. oleh yang demikian perkara ini akan dikuatkuasakan oleh pihak JAIS dan bukan
  2. Apakah kesan arahan penarikan larangan ini kepada PBT dan orang Islam keseluruhannya?

    1. Buat masa ini Kerajaan Negeri tidak dapat memberikan maklum balas yang tepat  mengenai kesan penarikan larangan ini kepada PBT dan orang Islam keseluruhannya kerana ia masih di peringkat kajian. walau bagaimanapun Kerajaan Negeri sedang dalam usaha mewujudkan satu tabung bagi membantu pekerja beragama Islam yang mahu meninggalkan kerja mereka kerada ada kaitan dengan arak dan berubah  ke  arah pekerjaan yang lebih

Lampiran

Tiada Lampiran.