Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

22) PENTERNAKAN

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah cadangan penambahbaikan jangka pendek dan jangka panjang untuk sektor penternakan?

    Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor telah dan sedang melaksanakan beberapa penambahbaikan untuk sektor penternakan. Bagi pelaksanaan penambahbaikan jangka pendek adalah seperti berikut :

    • Meningkatkan kapasiti kakitangan dan golongan penternak dalam bidang- bidang khusus yang berkaitan dengan cabaran-cabaran utama sektor penternakan masa kini melalui Program Pengembangan Veterinar dan program-program latihan yang lebih spesifik seperti penternakan lembu pedaging dan tenusu berkualiti tinggi, pemprosesan makanan haiwan dan pembiakan secara Permanian Beradas Buat Sendiri (AI-DIY).

     

    • Memperkenalkan Manual Pelaksaan Bantuan Kerajaan yang berkaitan dengan pemberian bantuan kepada golongan penternak dan usahawan Industri Asas Ternak (IATn) supaya proses pemilihan penerima lebih telus, pemantauan lebih berkesan dan mencapai objektif program yang telah

     

    • Menggalakkan aktiviti tambah nilai seperti industri asas ternakan dilaksanakan supaya sektor penternakan mampu berdaya saing dengan aktiviti-aktiviti ekonomi yang

     

    • Mengubah suai 4 unit bangunan lama milik DVS dan ditukar fungsinya menjadi VETMART iaitu pusat pemasaran produk-produk hasil ternak sebagai salah satu usaha meluaskan pasaran penternak dan usahawan IATn tempatan.

     

    • Mewujudkan sebuah Inkubator Usahawan IATn yang lengkap dengan peralatan terkini sebagai langkah membantu usahawan IATn berpotensi memulakan

     

    • Memastikan kesinambungan sektor penternakan diteruskan oleh generasi muda melalui Program Agro Generasi Muda Selangor (AGROGEMS) dan Program Warisan

    Penambahbaikan jangka panjang pula adalah seperti berikut :

     

    • Hasil dapatan kajian dan perancangan jangka panjang melalui Pelan Induk Pembangunan Pertanian Selangor (PIPP) bagi sektor ternakan adalah seperti berikut:-

     

    • Meningkatkan jumlah ternakan lembu melalui konsep penternakan secara integrasi khususnya di ladang-ladang kelapa sawit. Konsep tersebut wajar dilaksanakan memandangkan kawasan tanah untuk ternakan semakin

     

    • Memperkasakan dan meningktakan lagi projek penanaman rumput pastura khususnya rumput napier sebagai makanan ternakan memandangkan kos makanan ternakan yang semakin meningkat pada ketika ini. Beberapa kawasan telahpun dikenalpasti untuk tujuan tersebut sebagai contoh di atas tanah-tanah rezab sungai yang bersesuaian dan menepati syarat-syarat penggunaan tanah oleh Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) selain ianya hampir dengan sumber air yang merupakan satu elemen penting untuk menghasilkan rumput napier yang

     

    • Memberikan galakan kepada penternak untuk menternak baka lembu hibrid atau lebih dikenali sebagai lembu sado (otot berganda) di mana ianya boleh menghasilkan daging yang banyak memadangkan berat seekor lembu sado boleh mencapai sehingga 1 tan berbanding lembu biasa yang mempunyai berat purata 0.4 tan

     

    • Pembukaan lebih banyak plot-plot penternakan baharu untuk disewakan kepada penternak yang menghadapi masalah

     

    • Menggubal dan melaksanakan beberapa skim berkaitan program kawalan dan pembasmian penyakit-penyakit haiwan dan zoonotik seperti Persijilan Ladang Bebas Penyakit Bruselosis dan Persijilan Ladang Bebas Penyakit Tuberkulosis sebagai gerakan mewujudkan suasana yang kondusif bagi sektor penternakan pada masa

     

    • Memperkenalkan dan menguatkuasakan beberapa undang-undang baharu seperti Akta Kebajikan Haiwan 2015 (berkuatkuasa 2017), Kaedah Ordinan Binatang 1953 (Semakan 2016) dan Enakmen Perladangan Unggas Negeri Selangor

     

    • Memperkasakan kerjasama dengan pihak-pihak berkepentingan yang lain seperti pihak berkuasa tempatan (PBT), Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan sebagainya demi untuk memastikan kelestarian sektor penternakan di seluruh
  2. Berapakah peruntukan yang disediakan untuk mencapai sasaran penambahbaikan ini?

    Peruntukan yang telah disediakan untuk mencapai sasaran penambahbaikan ini adalah seperti yang telah ditetapkan dalam Rancangan Malaysia Ke Sebelas (2016 – 2020). Secara keseluruhannya, peruntukan yang telah disediakan bagi tujuan ini adalah berjumlah RM24.76 juta bagi tempoh lima tahun dengan pecahannya seperti berikut :

     

    BIL.

     

    NAMA PROGRAM

    PERUNTUKAN RMKe-11

    (RM)

    1. Latihan Kakitangan dan Usahawan termasuk PPV 2,000,000
    2. Bantuan Kerajaan kepada usahawan IATn 2,153,300
    3. Pusat Pengumpulan dan Pemasaran Produk IATn (VETMART) 2,135,000
    4. Inkubator Usahawan IATn 1,256,700
    5. Warisan Ternak 375,000

     

    6. Program AGROGEMS (Ternakan) 1,015,400
    7. Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) dan Taman Translokasi 10,077,000
    8. Kawalan dan Pembasmian Penyakit Haiwan dan Zoonotik 4,348,000
    9. Regulatori 1,000,000
     

    10.

    Pelaksanaan       Dapatan       Pelan                                Induk Pembangunan                                 Pertanian     Selangor

    (Ternakan)

     

    400,000

      JUMLAH 24,760,400

     

  3. Berikan beberapa contoh kejayaan cemerlang yang telah dicapai?

    Beberapa contoh kejayaan cemerlang yang telah dicapai adalah :

     

    • Dalam tempoh lima tahun, pengeluaran beberapa hasil penternakan utama telah meningkat walaupun persaingan menggunakan tanah dan pekerja dengan sektor ekonomi lain sentiasa sengit. Pengeluaran daging ayam di negeri ini telah meningkat sebanyak 115% daripada 69 ribu tan pada 2013 kepada 149 ribu tan pada 2017. Pengeluaran susu juga turut meningkat sebanyak 25% daripada 4.55 juta liter pada 2013 kepada 5.67 liter pada 2017. Pengeluaran daging lembu/kerbau turut meningkat sedikit iaitu sebanyak sebanyak 13% daripada 415 tan pada 2013 kepada 468 tan pada 2017. Pengeluaran komoditi-komoditi utama lain masih mengekalkan momentum sedia kala.

     

    • Kecemerlangan yang berikutnya adalah di peringkat penternak pula. Pada Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Kebangsaan (HPPNK) sempena MAHA 2014, MJ Fatonah Sdn. Bhd. yang mengusahakan sebuah ladang penternakan bercampur telah diisytiharkan sebagai Penternak Jaya Kebangsaan dan turut menerima Anugerah Perdana Menteri iaitu pemenang keseluruhan di kalangan penerima- penerima anugerah pada tahun

     

    • Seterusnya, pada HPPNK 2015 pula, Encik Saipul Azmir bin Zainuddin, seorang penternak di Kuala Langat yang memiliki lebih 700 ekor lembu pedaging, 150 ekor kambing dan 30 ekor kerbau telah dinobatkan sebagai Peladang Jaya Kebangsaan

     

     

    Dan yang terkini, ladang penternakan ayam kampung komersial di Kuala Langat iaitu Arisprop Holdings Sdn. Bhd. telah memenangi Anugerah Inovasi Pertanian dan Industri Asas Tani Jaya Kebangsaan pada HPPNK 2017. Ladang ini merupakan ladang ayam kampung pertama di Malaysia yang menggunakan sistem kandang dua

    Daripada segi kawalan dan pembasmian penyakit haiwan dan zoonotik pula, jumlah ladang ternakan yang disahkan sebagai Ladang Bebas Penyakit telah meningkat secara mendadak. Bilangan Ladang Bebas Penyakit Bruselosis telah bertambah daripada 21 ladang pada 2013 kepada 156 ladang pada 2018. Bilangan Ladang Bebas Penyakit Tuberkulosis pula telah meningkat daripada 15 ladang pada 2015 kepada 18 ladang pada tahun 2018. Pencapaian yang memberangsangkan ini membuktikan peningkatan kesedaran penternak dalam mengawal dan membasmi penyakit zoonotik. Ianya juga membuktikan kerjasama erat antara jabatan dan penternak demi untuk memelihara kesihatan para pengguna di negeri

    Di peringkat jabatan pula, DVS Selangor telah menyiapkan enam projek yang julung kali dilaksanakan di kalangan semua DVS negeri di seluruh Malaysia. Projek-projek tersebut adalah:-

     

    • Sistem Pangkalan   Data    Web    Veterinar    Peringkat       Negeri (VETSEL);

     

    • Pusat Teknologi Efektif Mikrob (EM);

     

    • Pusat Pengumpulan dan Pemasaran Produk IATn (VETMART);

     

    • Klinik Veterinar Bergerak;

     

    • Rumah Sembelih Ruminan Kelas Daerah; dan

     

    • Inkubator Usahawan Industri Asas Ternak

Lampiran

Tiada Lampiran.