Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

134) PENGIKTIRAFAN UEC

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa jumlah graduan lepasan UEC telah memohon kemasukan ke UNISEL sejak pengiktirafan UEC oleh Kerajaan Negeri?

    Pada masa ini, masih tiada kemasukan daripada graduan lepasan UEC ke UNISEL kerana pihak UNISEL sedang di dalam proses mendapat pengiktirafan UEC sebagai sijil yang setara dengan sijil asasi, daripada pihak MA untuk program-program kursus pembelajaran.

  2. Sejauh manakah persiapan agensi-agensi Kerajaan Negeri dalam mengambil graduan lepasan UEC sebagai kakitangan?

    Penetapan syarat-syarat kemasukan ke jawatan Perkhidmatan Awam adalah tertakluk sepenuhnya kepada syarat-syarat skim yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Sehubungan itu, Kerajaan Negeri bersedia untuk mengambil graduan lepasan UEC sebagai penjawat awam sekiranya JPA mengiktiraf sijil UEC sebagai salah satu syarat kemasukan ke Perkhidmatan Awam.

Lampiran

Tiada Lampiran.