Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

141) PENGIKTIRAFAN SIJIL PEPERIKSAAN BERSATU (UEC)

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersatu (UEC) yang dikeluarkan oleh Sekolah-sekolah Menengah Bebas Cina (MICSS) sebagai syarat untuk berkhidmat dengan perkhidmatan awam dan pusat pengajian tinggi awam negeri? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.

    Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 21 Oktober  2015  telah  bersetuju agar Sijil Peperiksaan Bersatu (UEC) diiktiraf bagi penyambungan pengajian di peringkat pengajian tinggi. Pada masa ini, Universiti Selangor (UNISEL), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Kolej Antarabangsa Industri Pendidikan Selangor (INPENS) bersetuju untuk menerima kemasukan daripada pelajar lepasan UEC.

     

    Pada masa ini, KUIS sudah pun mendapatkan pengiktirafan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) berkenaan UEC untuk beberapa program, manakala UNISEL pula sedang di dalam proses mendapat pengiktirafan UEC sebagai sijil yang setara dengan sijil asasi, daripada pihak MQA untuk program-program kursus pembelajaran.

Lampiran

Tiada Lampiran.