Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

120) MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: hal ehwal islam

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan bilangan keseluruhan kes di Mahkamah Syariah Negeri Selangor sepanjang 2013-2017, perincian mengikut kes penceraian, tuntutan nafkah anak, hadanah, mut'ah, harta penceraian dan lain-lain

    Berdasarkan rekod Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS), bilangan keseluruhan kes di Mahkamah Syariah Negeri Selangor sepanjang tahun 2013 hingga 2016, bagi kes Mal adalah sebanyak 70,289 kes dan kes jenayah adalah sebanyak 13,105 kes. Oleh itu, jumlah keseluruhan kes yang didaftarkan di Mahkamah Syariah bagi tempoh tersebut adalah sebanyak 83,394 Perincian keseluruhan jenis kes adalah seperti di Lampiran A dan B.

  2. Apakah langkah-langkah yang telah diambil bagi melicinkan lagi kes di atas diselesaikan?

    Langkah-langkah yang telah diambil oleh JAKESS bagi melicinkan lagi proses penyelesaian kes di Mahkamah Syariah adalah seperti berikut:

    1. Pelaksanaan proses Mediasi (Sulh) yang menyediakan pengantara bagi pihak-pihak yang bertikai untuk membantu penyelesaian kes secara persetujuan bersama.
    2. Pelantikan 60 orang kakitangan lantikan kontrak Lembaga Zakat Selangor yang terdiri daripada Hakim Syarie, Pegawai Penyelidik, Timbalan Pendaftar, Pegawai Sulh dan kakitangan sokongan seperti Pembantu Pendaftar dan Setiausaha Pejabat bagi mengurangkan masalah kekurangan jawatan.
    3. Membuat penggiliran hakim Mahkamah Rendah Syariah yang mempunyai statistik kes lebih rendah membantu lokasi Mahkamah Rendah Syariah yang mempunyai statistik kes yang lebih tinggi.
    4. Pelantikan Timbalan Pendaftar bagi membantu Hakim Bicara melaksanakan proses sebutan dan pengurusan kes bagi membolehkan Hakim Bicara menumpukan kepada kes-kes perbicaraan.
    5. Mendapatkan watikah pelantikan sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syariah bagi Ketua Pendaftar, watikah pelantikan Hakim Mahkamah Rendah Selangor bagi Pegawai Sulh dan Timbalan Pendaftar, watikah pelantikan sebagai Pendaftar, Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Selangor dan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah Selangor bagi Pegawai Sulh, Timbalan Pendaftar, Pegawai Penyelidik dan Pembantu Pendaftar. Watikah tersebut adalah bagi membolehkan pegawai-pegawai yang terlibat melaksanakan tugas sebagai hakim, Pendaftar, Timbalan Pendaftar dan Penolong Pendaftar secara multi tasking.
    6. Pewujudan Mahkamah Rendah Syariah Ampang bagi mengurangkan kes-kes tertunggak di MRS Hulu Langat.
    7. Pelaksanaan proses kerja perceraian secara Fast Track iaitu proses penyelesaian kes perceraian persetujuan bersama dalam tempoh 6 jam. Pelaksanaan proses kerja ini melibatkan pihak-pihak yang telah bersetuju untuk bercerai dan isteri dalam keadaan suci (boleh diceraikan). Proses kerja ini membolehkan kes perceraian tersebut akan didengar dan diputuskan pada hari yang sama dan perintah perceraian akan dikeluarkan pada hari yang sama.
    8. Pelaksanaan penyelesaian kes perceraian yang tidak mempunyai persetujuan bersama antara suami dan isteri melalui pelantikan Hakam yang dilantik bagi suami dan bagi isteri yang bertanggungjawab sama ada untuk mendamaikan atau menceraikan kedua-dua pasangan tersebut setelah Mahkamah Syariah berpuas hati bahawa perkahwinan tersebut telah pecah belah dan berlaku perbalahan yang berpanjangan serta tidak boleh diselesaikan lagi. Dengan pelantikan hakam tersebut, pasangan suami isteri boleh diceraikan sekiranya usaha untuk mendamaikan mereka gagal.
    9. Menjalankan proses perbicaraan pada waktu malam bagi mempercepatkan penyelesaian kes yang melibatkan pihak-pihak yang sukar menghadiri perbicaraan pada hari siang.
    10. Melaksanakan perbicaraan di luar Mahkamah (mobile court) yang membolehkan perbicaraan dilaksanakan di lokasi pihak-pihak yang memfailkan kes. Sebagai contoh perbicaraan bagi permohonan Wali Raja yang telah diadakan di perkampungan orang asli di Daerah Hulu Langat.
    11. Mewujudkan perkhidmatan rundingcara yang dikendalikan oleh Pegawai Syariah bagi memberikan penerangan berkaitan dengan prosedur Mahkamah bagi mengelakkan pihak-pihak membuat kesilapan semasa mendaftarkan kes di kaunter.
    12. Mewujudkan manual untuk mengisi borang pendaftaran kes sebagai panduan kepada pelanggan dalam mengisi borang untuk pemfailan kes.
    13. Melaksanakan program literasi undang-undang yang memberikan pendedahan kepada masyarakat awam melalui program turun padang program 3K, program turun padang BSK dan ceramah kesedaran undang-undang yang dianjurkan oleh berbagai-bagai pihak.
  3. Apakah langkah-langkah yang telah diambil bagi melicinkan lagi kes di atas diselesaikan?

    JAKESS telah menerima peruntukan sebanyak RM32,044,887.00 bagi tahun 2016. Oleh yang demikian, JAKESS terpaksa melaksanakan perbelanjaan berhemah bagi memastikan perancangan yang dibuat dapat dilaksanakan.

    LAMPIRAN A

    STATISTIK PENDAFTARAN KESELURUHAN KES MAL DI NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2013 HINGGA 2016

    BIL KOD KES JENIS KES 2013 2014 2015 2016
    1 1 Rayuan 0 0 0 0
    2 2 Permohonan Kebenaran Merayu 1 1 1 0
    3 3 Semakan 28 24 38 33
    4 4 Permohonan Tegahan / Injunksi Membawa Anak Keluar Malaysia 7 3 3 3
    5 5 Permohonan Tegahan / Injunksi Terhadap Gangguan 25 8 9 3
    6 6 Permohonan Pengesahtarafan Anak 73 64 113 104
    7 7 Tuntutan Pengesahan Wakaf 1 1 3 2
    8 8 Tuntutan Pengesahan Nazar 0 0 0 0
    9 9 Tuntutan Gantirugi Pertunangan 1 1 2 4
    10 10 Permohonan / Tuntutan Pengesahan / Perintah Nikah 190 135 412 276
    11 11 Permohonan / Tuntutan Kebenaran Poligami 202 129 238 163
    12 12 Permohonan Perintah Daftar Nikah Poligami 414 359 481 400
    13 13 Permohonan Pengisytiharan Pembubaran Perkahwinan Sebab Pertukaran Agama 10 9 34 31
    14 14 Tuntutan Fasakh 1433 697 1,748 955
    15 15 Permohonan Anggapan Mati 2 0 0 0
    16 16 Tuntutan Muta’ah 242 168 285 217
    17 17 Tuntutan Harta Sepencarian 288 197 342 273
    18 18 Tuntutan Nafkah Isteri 66 30 70 39
    19 19 Tuntutan Nafkah Kepada Pihak Tak Upaya 0 0 0 0
    20 20 Tuntutan Cagaran Nafkah 0 0 0 0
    21 21 Tuntutan Nafkah Eddah 219 170 281 201
    22 22 Tuntutan Mengubah Perintah Nafkah 83 68 115 93
    23 23 Tuntutan Tunggakan Nafkah 207 110 230 179
    24 24 Tuntutan Nafkah Anak 457 362 621 508
    25 25 Tuntutan Mengubah Perintah Hak Jagaan Anak / Nafkah Anak 40 24 26 23
    26 26 Tuntutan Mengubah Perjanjian Hak Jagaan Anak / Nafkah Anak 36 16 63 44
    27 27 Permohonan / Tuntutan Membatalkan Perintah Nafkah 1 0 2 0
    28 28 Tuntutan Hadhanah / Hak Lawatan 628 458 820 703
    29 29 Tuntutan Pemecatan Penjagaan Anak 0 0 0 0
    30 30 Permohonan Perintah Larangan Berkaitan Harta Anak Yang Belum Dewasa 0 0 0 0
    31 31 Permohonan Penjaga Diri / Harta / Anak Yatim 14 0 20 22
    32 32 Permohonan Pembekuan Transaksi Harta 24 14 15 13
    33 33 Permohonan Penguatkuasaan Perintah Nafkah 4 7 1 3
    34 34 Permohonan Perlaksanaan Perintah Mahkamah 56 0 21 28
    35 35 Tuntutan Garnishment / Hiwalah 0 18 0 0
    36 36 Permohonan Perintah Menghina Mahkamah 24 0 3 4
    37 37 Tuntutan Penghutang Penghakiman 36 5 64 44
    38 38 Permohonan Perintah Interim 144 23 143 89
    39 39 Permohonan Pengesahan Wasiat 8 50 14 6
    40 40 Permohonan Sijil Faraid / Akuan Pusaka 1616 4 2,144 2,102
    41 41 Permohonan Interlokutori 1 1,476 4 1
    42 42 Permohonan Faraq Nikah 53 170 34 39
    43 43 Permohonan Keluar Islam 33 2 67 51
    44 44 Permohonan Pengesahan Hibah 26 40 27 25
    45 45 Permohonan Pengesahan Hibah Semasa Maradal Maut 0 8 0 0
    46 46 Tuntutan Pengesahan Sabitan Nasab / Ahli Waris 1 21 1 0
    47 47 Permohonan Mendakwa / Membela Sebagai Orang Miskin 0 0 0 0
    48 48 Permohonan Interplider 0 0 1 0
    49 49 Tuntutan Gantirugi Perkahwinan / Hutang Perkahwinan 16 0 24 12
    50 50 Permohonan Kebenaran Nikah Bawah Umur 72 0 100 97
    51 51 Permohonan Wali Hakim / Am 1126 12 1,302 1,250
    52 52 Tuntutan Wali Enggan / Engkar 75 49 56 29
    53 53 Permohonan Kebenaran Bernikah Perempuan Yang Bercerai Tanpa Eddah /Janda Berhias 0 948 0 0
    54 54 Tuntutan Pengesahan Lafaz Cerai 3855 29 4,574 4,374
    55 55 Tuntutan Penceraian 4591 0 5,325 4,593
    56 56 Tuntutan Khulu’ / Tebus Talaq 37 3,848 37 21
    57 57 Tuntutan Pengesahan Cerai Taklik 238 3,889 224 152
    58 58 Tuntutan Sabitan Nusyuz 149 28 200 54
    59 59 Tuntutan Hak Tempat Tinggal 0 90 1 0
    60 60 Tuntutan Perintah Supaya Suami Tinggal Bersama Semula 1 39 0 0
    61 61 Permohonan Pengesahan Rujuk 248 0 383 340
    62 62 Perintah Isteri Kembali Taat 0 0 0 0
    63 63 Tuntutan Mas Kahwin 1 239 0 0
    64 64 Tuntutan / Permohonan Menangguhkan Perlaksanaan Perintah 6 1 3 6
    65 65 Notis Permohonan Peguam Syarie 1 1 3 16
    66 66 Permohonan Perubahan Perintah Harta Pusaka 1 2 0 0
    67 67 Tuntutan Illa’ 0 33 0 0
    68 68 Tuntutan Zihar 0 3 0 0
    69 69 Tuntutan Li’an 1 0 0 1
    70 70 Permohonan Menghidupkan Semula Kes 25 0 52 38
    71 71 Pelantikan Pentadbir Harta 4 0 5 6
    72 72 Tuntutan / Permohonan Penyelesaian / Penjelasan Hutang Simati 0 22 0 0
    73 73 Perintah Penyitaan Dan Penjualan 0 4 0 0
    74 74 Perintah Pengkomitan-Pelaksanaan Penghakiman Bagi Penyerahan Anak 0 0 22 12
    75 75 Perintah Pengkomitan-Penguatkuasaan Penghakiman Untuk Menahan Diri Dari Melakukan Sesuatu Perbuatan 0 0 43 23
    76 76 Notis Penghakiman  0 1 5 2
    77 77 Permohonan Melanjutkan Tempoh Rayuan 9 2 29 18
    78 78 Permohonan Notis Tunjuk Sebab 0 5 0 0
    79 79 Permohonan Pengesahan Eddah 0 45 0 0
    80 80 Permohonan Memulakan Prosiding Baru Bagi Kes-kes Yang Ditarik Balik 0 0 30 26
    81 81 Permohonan Taksiran Kos 0 0 1 0
    82 82 Permohonan Perintah Bersaling 0 0 4 3
    83 99 Lain-Lain Kes 95 72 88 49
    JUMLAH KESELURUHAN 17,245 14,234 21,007 17,803
    JUMLAH KESELURUHAN BAGI TAHUN 2013 HINGGA 2016 70,289

     

    LAMPIRAN B

    STATISTIK PENDAFTARAN KESELURUHAN KESJENAYAH DI NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2013 HINGGA 2016

    BIL KOD KES JENIS KES 2013 2014 2015 2016
    1 101 Rayuan 0 0 0 0
    2 102 Permohonan Kebenaran merayu 0 0 3 3
    3 103 Semakan 3 2 0 0
    4 104 Pemujaan Salah 0 3 0 0
    5 105 Mendakwa Bukan Islam 0 0 0 0
    6 106 Takfir 0 0 0 0
    7 107 Doktrin Palsu 0 0 1 1
    8 108 Dakwaan Palsu 0 0 0 0
    9 109 Menyebarkan Pendapat Bertentangan Dengan Fatwa 0 0 0 0
    10 110 Engkar Perintah Mahkamah 2 0 0 0
    11 111 Penerbitan Bertentangan Hukum Syarak 1 0 0 0
    12 112 Sumbang Mahram 0 0 0 0
    13 113 Muncikari 0 0 0 0
    14 114 Persediaan Bersetubuh Di Luar Nikah 31 0 113 100
    15 115 Hubungan Jenis Sesama Jantina 0 70 0 0
    16 116 Bersetubuhan Bertentangan Dengan Hukum Tabi’i 0 0 0 0
    17 117 Memujuk Lari Perempuan Bersuami 0 0 0 0
    18 118 Menghasut Suami Isteri Supaya Bercerai 0 0 0 0
    19 119 Menjual / Memberikan Anak Kepada Bukan Islam 0 0 0 0
    20 120 Qazaf 0 0 0 0
    21 121 Liwat 0 0 0 0
    22 122 Musahaqah 0 0 0 0
    23 123 Mendirikan Masjid / Surau Tanpa Kebenaran 0 0 32 1
    24 124 Memujuk Lari Orang Perempuan 0 0 0 0
    25 125 Pecah Amanah 0 0 0 0
    26 126 Pecah Rahsia 0 0 0 0
    27 127 Pegawai Mengingkari Arahan Undang-Undang Dengan Niat Hendak Menyebabkan Bencana Kepada Mana-Mana Orang. 0 0 0 0
    28 128 Tidak Mengemukakan Dokumen Kepada Pegawai Agama Disisi Undang-Undang Syarak 0 0 0 0
    29 129 Enggan Mengangkat Sumpah Yang Dikehendaki  Oleh Pegawai Agama 0 0 0 0
    30 130 Enggan Menjawab Soalan Pegawai Agama Yang Diberi Kuasa 0 0 0 0
    31 131 Sengaja Menghina Dan Mengganggu Pegawai Agama Yang Sedang Bersidang Dalam Prosiding Mahkamah 0 0 0 0
    32 132 Menggalakkan Maksiat 0 0 0 0
    33 133 Mempersendakan Ayat Al-Quran Dan Lain-lain 0 0 0 0
    34 134 Menghina Agama Islam 0 0 0 0
    35 135 Memusnahkan / Mencemarkan Tempat Beribadat 0 0 0 0
    36 136 Menghina Pihak Berkuasa Agama 19 0 0 0
    37 137 Mengajar Tanpa Tauliah 2 0 3 0
    38 138 Berjudi 162 0 615 247
    39 139 Meminum Minuman Yang Memabukkan 6 225 2 1
    40 140 Tidak Membayar Zakat / Fitrah 0 7 0 0
    41 141 Pelacuran 0 0 0 0
    42 142 Bersetubuh Luar Nikah 65 0 41 30
    43 143 Khalwat 1192 76 915 962
    45 144 Menghalang Suami Isteri Hidup Bersama 0 630 0 0
    46 145 Pemungutan Zakat / Fitrah Tanpa Diberi Kuasa 0 602 0 0
    47 146 Penyalahgunaan Tanda Halal 0 0 0 0
    48 147 Subahat 351 0 610 632
    49 148 Gangguan Terhadap Perkahwinan 0 0 0 0
    50 149 Akuan Palsu Untuk Berkahwin 0 432 4 2
    51 150 Tidak Memberikan Keadilan Sewajarnya Kepada Isteri 0 0 0 0
    52 151 Murtad Untuk Membatalkan Nikah 0 3 0 0
    53 152 Menghasut Supaya Mengabaikan Kewajipan Agama 0 0 0 0
    54 153 Percubaan Melakukan Kesalahan Di Bawah Undang – Undang Syarak 49 0 62 71
    55 154 Kesalahan Yang Tidak Ditentukan Hukuman Berkaitan Undang – Undang, Kaedah Dan Peraturan Pentadbiran Undang – Undang Islam 0 0 0 0
    56 155 Penghinaan Mahkamah 0 46 0 0
    57 156 Permohonan Jenayah Pelbagai 0 0 0 0
    58 157 Tidak Menghormati Ramadhan 31 0 15 23
    59 158 Tidak Solat Jumaat 0 0 0 0
    60 159 Lelaki Berlagak Perempuan 0 10 1 1
    61 160 Perbuatan Tidak Sopan Di Tempat Awam 0 0 0 1
    62 161 Tidak Hadir Di Hadapan Pendaftar NCR 120 1 42 45
    63 162 Penyelenggaraan Buku Daftar Nikah Tak Legal / Tak Mengikut Undang – Undang 0 2 0 0
    64 163 Mengakad Nikah Tanpa Kuasa Yang Sah 0 36 0 0
    65 164 Kesalahan Berhubung Akad Nikah 1 0 6 7
    66 165 Berkahwin Bersalahan Dengan Bahagian Dua Undang – Undang Keluarga Islam 394 1 425 441
    67 166 Poligami Tanpa Kebenaran Mahkamah 157 5 284 281
    68 167 Perceraian Tanpa Kebenaran Mahkamah 237 304 577 382
    69 168 Tidak Membuat Laporan Berkaitan Undang – Undang Keluarga Islam 3 209 0 0
    70 169 Meninggal Langsung Isteri 0 311 0 0
    71 170 Menganiaya Isteri 0 4 0 0
    72 171 Isteri Tidak Menurut Perintah (Nusyuz) 0 0 0 0
    73 172 Persetubuhan Luar Nikah Antara Orang – Orang Bercerai 0 0 0 0
    74 173 Kecuaian Dengan Sengaja Untuk Tidak Mematuhi Perintah Di Bawah Undang – Undang Keluarga Islam 0 0 0 0
    75 174 Ruju’ Tanpa Kebenaran Isteri 0 0 0 0
    76 175 Tidak Melaporkan Rujuk 0 0 0 0
    77 176 Persetubuhan Dalam Tempoh Eddah Raji’e 0 0 0 0
    78 177 Memungut Khairat Tanpa Kebenaran 1 0 33 17
    79 178 Memberi Maklumat / Keterangan Palsu Kepada Pendaftar Muallaf 0 0 0 0
    80 179 Menceroboh / Menduduki Secara Haram Harta Wakaf / Harta Masjid 0 2 0 0
    81 180 Hamil Luar Nikah 0 0 0 0
    82 181 Membuat Dan Menjual Minuman Yang Memabukkan 0 0 0 0
    83 182 Tidak Menghiraukan Titah Perintah Mengenai Awal Ramadhan Dan Dua Hari Raya 0 0 0 0
    84 183 Bertindak Salah Sebagai Imam, Khatib Atau Bilal Dalam Solat Jumaat 0 0 0 0
    85 184 Memberi Syarahan Dalam Masjid Tanpa Kebenaran 0 0 0 0
    86 185 Kesalahan – Kesalahan Berkaitan Baitulmal 0 0 0 0
    87 186 Enggan Menandatangani Pernyataan 0 0 0 0
    88 187 Beramal Sebagai Peguam Syarie Tanpa Tauliah 0 0 0 0
    89 199 Lain-Lain-lain Kes 55 0 109 101
    JUMLAH KESELURUHAN 2882 2981 3893 3349
    JUMLAH KESELURUHAN BAGI TAHUN 2013 HINGGA 2016 13105

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.