Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

69) KAWASAN STESEN KTM UKM BANGI

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kawasan di sekitar Stesen Komuter UKM Bangi sering dilanda banjir dan mengalami kesesakan trafik dan pengguna yang padat. Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah ini?

    Pihak MPKj mempunyai cadangan menaiktaraf jalan di kawasan Esset  termasuk menaiktaraf kawasan sekitar Stesen Komuter UKM Bangi bagi penguraian aliran trafik. Bagi masalah banjir, pihak pemaju B&G Sdn. Bhd. telah menaiktaraf sistem perparitan di Sg. Tangkas sehingga sempadan           UKM. Pihak Majlis mendapati isu banjir kilat yang melanda adalah disebabkan terdapat struktur-struktur bangunan yang telah menutup longkang.

  2. Bilakah perancangan ini, sekiranya ada akan dilaksanakan?

    Cadangan projek menaiktaraf hanya akan dilaksanakan setelah peruntukan mencukupi. Pelaksanaan projek akan menggunakan Sumbangan Pemaju di bawah Tabung Akaun Amanah Infrastruktur.

Lampiran

Tiada Lampiran.