Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

185) HUTAN SIMPANAN DI KOTA DAMANSARA

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk mempromosikan Hutan Simpanan Kota Damansara ini agar ianya menjadi suatu lokasi perkhemahan dan riadah yang istimewa di Selangor?

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) telah mewartakan Hutan Simpanan Kota Damansara untuk kelas kegunaan hutan sebagai Hutan Lipur, Hutan Pelajaran dan Hutan Penyelidikan menurut Akta Perhutanan Negara 1984. Keunikan hutan ini ialah ia salah satu antara beberapa kepulauan hutan yang masih tinggal dan di kelilingi oleh pembangunan pesat di Daerah Petaling. JPNS menyedari akan potensi hutan ini untuk tujuan eko-pelancongan dan riadah  tetapi terkawal bagi menjamin keaslian hutan nya.

  2. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk melibatkan pihak Badan Bukan Kerajaan dan komuniti Orang asal untuk turut menyumbang memulihara hutan ini?

    Kerajaan Negeri Selangor melalui JPNS mengiktiraf akan peranan komuniti dalam memelihara hutan ini. JPNS akan melibatkan wakil dari komuniti termasuk Badan Bukan Kerajaan dan Orang asal dengan unjuran bahawa komuniti akan dapat memainkan peranan yang lebih aktif dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti pembangunan yang akan ditentukan secara persetujuan bersama antara JPNS dan komuniti.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.