Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

227) BENCANA ALAM Ð BANJIR DI HULU LANGAT

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah mangsa banjir di Daerah Hulu Langat yang ditimpa musibah banjir pada 7 Mac 2012 yang lalu?

    Jumlah keseluruhan mangsa banjir di dalam rekod pendaftaran adalah seramai 3,650 keluarga.

  2. Berapa ramaikah orang yang mendapat bantuan daripada kerajaan Negeri Selangor?

    Jumlah penerima bantuan adalah seperti berikut :-

    i) Bantuan bencana banjir  seramai 3,650 keluarga
    3,650 keluarga  x RM 1,000.00 = RM 3,650,000.00

    ii) Bantuan pembaikan rumah (Lembah Jaya Utara, Ampang)
    8 buah rumah dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM 110,000.00

    iii) Bantuan persekolahan

    Hulu Langat – 1483 pelajar jumlah peruntukan  RM 218,900.00

    Ampang – 220 pelajar jumlah peruntukan RM 35,800.00

    Jumlah keseluruhan bantuan  RM 4,014,700.00

    (Ringgit Malaysia : Empat Juta Empat Belas Ribu Tujuh Seratus Sahaja)

  3. Apakah usaha-usaha kerajaan Negeri Selangor untuk rancangan jangka panjang bagi mengatasi banjir ini daripada berlaku lagi?

    Di dalam RMKe10, Kerajaan Negeri telah meluluskan siling bagi peruntukan pembangunan sebanyak RM55.5 juta yang disalurkan kepada JPS Hulu Langat yang meliputi program/projek pengurusan banjir, pengurusan sungai dan sistem saliran.

    Di bawah Program Lembangan Sg. Langat, Kerajaan Negeri telah meluluskan sebanyak RM27.28 juta.  Peruntukan ini adalah untuk melaksanakan 9 buah projek tebatan banjir di dalam Daerah Hulu Langat. Pada masa ini, sebanyak 2 projek telah disiapkan, 5 sedang berjalan dan 1 projek masih di peringkat pengambilan balik tanah.  Antara projek tersebut adalah seperti berikut :-

    Bil Tajuk projek Kos

    Projek

    (RM)

    Status
    1. Rancangan Tebatan           Banjir             Sg Sekamat 4.22 juta Siap
    2. Rancangan Tebatan           Banjir Sg. Balak 3.22 juta Siap
    3. Rancangan Tebatan Banjir Sg. Bangi 4.21 juta Dalam pembinaan.  Isu tanah.
    4. Rancangan Tebatan Banjir Sg. Seputih Fasa 1 0.74 juta Dalam pembinaan.
    5. Rancangan Tebatan Banjir Sg. Seputih Fasa 2 1.23 juta Dalam pembinaan
    6. Rancangan Tebatan Banjir Sg. Sering 4.22 juta Dalam pembinaan
    7. Projek menaiktaraf Sg Jeloh Fasa 2 0.25 juta Dalam pembinaan
    8. Rancangan Tebatan Banjir Sg. Serai Isu tanah.  Anggaran kos RM6.0 juta

    Selain dari itu, JPS Malaysia juga telah menyiapkan Kajian Pelan Induk Bandar Kajang, Daerah Hulu Langat yang mengambilkira perancangan dan keperluan sistem saliran di dalam dan luar bandar meliputi perancangan jangka pendek dan panjang bagi mengatasi masalah banjir terutamanya di dalam Bandar Kajang dan sekitarnya

Lampiran

Tiada Lampiran.