Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

283) BANJIR LUMPUR AKIBAT KERJA-KERJA PEMBANGUNAN

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimana kerajaan negeri mengatasi masalah banjir lumpur yang disebabkan oleh kerja-kerja pembangunan di Semenyih?

    Kompaun telah dikeluarkan kepada pihak pemaju yang mengakibatkan banjir serta arahan pembaikan juga dikeluarkan kepada pihak pemaju yang  mengakibatkan kejadian banjir lumpur.

  2. Apakah kerajaan negeri mempunyai tabung untuk membayar pampasan kepada mangsa-mangsa seperti yang kerap berlaku di Jalan Bangi Lama dan sekitar Kampung Rinching?

    Pihak MPKj telah mensyaratkan kepada pihak pemaju untuk membayar pampasan kepada penduduk yang terlibat dengan masalah banjir.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.