Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

237) BANJIR

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan kerajaan dalam mengatasi banjir?

    Di bawah RMK-10, sebanyak 5 Juta diluluskan oleh Kerajaan Negeri bagi perlaksanaan pelan jangka panjang dalam usaha menangani isu banjir ini. Antaranya:

    • Cadangan kolam takungan di setiap kawasan pembangunan baru dengan menggunakan kaedah Manual Saliran Mesra Alam bagi memastikan kapasiti aliran air yang keluar adalah sama seperti kawasan hijau yang belum
    • Memperkenalkan  Rancangan      Tebatan     Banjir    (RTB)    di    6    buah lembangan sungai di Selangor iaitu:
      • Lembangan Sungai Buluh
      • Lembangan Sungai Klang
      • Lembangan Sungai Langat
      • Lembangan Sungai Selangor
      • Lembangan Sungai Bernam
      • Lembangan Sungai Sepang

     

    Manakala pelan jangka pendek pula adalah meliputi kerja-kerja penyelenggaraan secara berkala yang dilaksanakan sebanyak dua kali setahun merangkumi kerja-kerja pembersihan dan desilting. Biasanya kerja-kerja penyelenggaraan ini akan dilaksanakan sebelum tibanya musim hujan.

  2. Apakah rancangan pemeliharaan dan mitigasi banjir di Hulu Sg Jeloh, kajang?

    Rancangan pemeliharaan di Hulu Sg. Jeloh, Kajang adalah melibatkan kerja-kerja perancangan dan keperluan sistem saliran pada masa akan datang merangkumi pembinaan kolam takungan, kolam perangkap kelodak, mewujudkan kawasan tanah lembap, menaiktaraf pembetong dan sistem saliran serta perangkap Rancangan ini adalah berdasarkan kepada Kajian Pelan Induk yang telah dijalankan. Anggaran kos pembinaan adalah sebanyak RM747.13 juta. Manakala kos pembinaan bagi kawasan tadahan Sg. Jerluh adalah sebanyak RM14.92 juta

     

    Dalam RMKe 9, peruntukan siling sebanyak RM20.9 juta dan RM18.8juta dibawah RMKe 10 bagi kerja-kerja melibatkan lembangan Sg. Langat telah diluluskan.

     

  3. Berapakah jumlah kerugian kapita akibat banjir di seluruh Negeri Selangor dalam tahun 2011

    Sebanyak 9 juta telah digunakan bagi melaksanakan kerja-kerja pembaikan infrastruktur akibat daripada bencana banjir sepanjang tahun 2011.

    Maklumat Tambahan:

     

    • Pelan jangka panjang yang dilaksanakan adalah menjurus kepada kaedah penyelesaian secara integrasi termasuk pengurusan sistem air ribut yang sempurna dan memelihara sistem sungai supaya berada dalam keadaan hidraulik yang berkesan untuk mengurangkan Pihak Jabatan Pengairan Dan Saliran akan melantik Jurutera Perunding bagi melakukan kajian untuk mengatasi masalah banjir dan mengemukakan laporan hasil dari kajian bagi melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir.
      • Lembangan Sungai Buluh

     

    1. RTB di Sungai Buloh

     

    • Lembangan Sungai Klang
    1. Menaiktaraf infrastruktur di sepanjang Lembangan Sungai Klang
    2. RTB Sungai Air Hitam, Petaling
    • Menaiktaraf system saliran di kawasan Selayang, Mukim Batu
    1. RTB di Pandamaran, Pelabuhan Klang
    2. RTB di Pulau Indah, Klang
    3. RTB Bukit Kapar Fasa 2
    • RTB Sungai Seputeh, Mukim Ampang
      • Lembangan Sungai Langat
    1. RTB Sungai Jeluh Fasa 2
    2. Menaiktaraf tebing Sungai Balak
    • RTB Sungai Sekamat
    1. RTB Sungai Bangi
    2. RTB Sungai Sering
    3. RTB Pekan Sungai Jarom, Kuala Langat
    • RTB Pekan Sungai Pelek
    • RTB Pulau Meranti

     

    • Lembangan Sungai Selangor
    1. RTB Sungai Kundang (Pekan Kundang ke Sungai Garing)

     

    • Lembangan Sungai Bernam
    1. RTB Sungai Bernam

     

    • Lembangan Sungai Sepang
    1. RTB Sungai Sepang Besar

     

     

     

    Di antara kerja-kerja yang terlibat di bawah Rancangan Tebatan Banjir ini adalah meliputi kerja-kerja:

     

    • Menaiktaraf sungai sedia ada
    • Menaiktaraf jambatan dan lintasan
    • Mempertingkatkan keupayaan  dan membina       perlindungan tebing sungai
    • Mempertingkatkan sistem saliran dalaman
    • Membina rumah pam
    • Pemulihan kolam sedia ada
    • Mempertingkatkan infrastruktur saliran sedia ada
    • Sistem Ramalan dan Amaran Banjir

     

    Bil Lembangan Siling Peruntukan RMK-10
    1. Lembangan Sungai Buloh RM      8,500,00.00
    2. Lembangan Sungai Klang RM 28,750,000.00
    3. Lembangan Sungai Langat RM 18,800,000.00
    4. Lembangan sungai Selangor RM 3,900,000.00
    5. Lembangan Sungai Bernam RM       200,000.00
    6. Lembangan Sungai Sepang RM       450,000.00
    JUMLAH RM 60,500,000.00

     

Lampiran

Tiada Lampiran.