Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

115) BANJIR

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Beberapa bahagian dari Pekan Bangi hingga ke Jalan Reko, Bangi Ð Kajang sering berlaku Banjir apabila hujan turun agak lebat. Apakah faktor yang menyebabkan berlakunya banjir?

    Faktor berlaku banjir ;

    1. Sistem perparitan dalaman dan sungai yang tidak dapat menampung jumlah air larian dan kelodak yang bertambah disebabkan pembangunan kawasan Bangi dan Kajang yang pesat.
    2. Infrastruktur seperti pembentung, jambatan dan ban sedia ada berada di bawah paras banjir.
  2. Bagaimanakah cara mengatasinya ?

    Berikut merupakan cara-cara mengatasi masalah banjir :

    1. Mempertingkatkan kapasiti sistem sungai dan perparitan dalaman
    2. Menaik taraf infrastruktur sedia ada
    3. Menaik taraf ban sedia ada
  3. Apakah rancangan jangka panjang bagi mengatasi banjir di tempat-tempat di atas?

    Rancangan jangka panjang adalah seperti berikut :

    Bil. Lokasi Projek & Skop Status
    1.  

    Kawasan Pekan

    Kajang

     

    Projek Menaik taraf Sungai

    Jeloh

     

    Skop : Menaik taraf Sungai dan Infrastruktur

     

     

    Dalam pembinaan

    2.  

    Kawasan Pekan

    Bangi

     

    Rancangan Tebatan Banjir

    Sungai Bangi

     

    Skop : Menaik taraf

    Sungai dan

    Infrastruktur

     

     

    Penyediaan tender

     

    3.

     

    Kawasan Kg.

    Sungai Tangkas

    Jalan Reko

     

    Projek Menaik taraf Sungai Reko

     

    Skop : Menaik taraf

    Sungai dan

    Infrastruktur

     

     

    Dalam pembinaan

Lampiran

Tiada Lampiran.