Kenyataan Media SELCAT bertarikh 17 Februari 2016

Kenyataan Media SELCAT bertarikh 17 Februari 2016

 

27 FEBRUARI 2016

Jawatankuasa memutuskan untuk menyiasat perkara ini kerana kadar insiden jangkitan wabak denggi yang tertinggi di Malaysia berlaku di Negeri Selangor. Menurut maklumat terkini Jabatan Kesihatan Negeri Selangor untuk tahun 2015 sebanyak 63,198 kes denggi telah dilaporkan dan menurut Kementerian Kesihatan Malaysia sebanyak 7,335 kes denggi dilaporkan untuk tempoh 1hb Januari 2016- 2hb Februari 2016.

Selain daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, tugas dan tanggungjawab untuk memastikan wabak denggi ini terkawal juga terletak di bawah bidangkuasa Pihak Berkuasa Tempatan, Pejabat Tanah & Daerah, Kerajaan Negeri dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor. Jawatankuasa juga mengambil maklum kerisauan wabak virus Zika.

Tujuan pendengaran awam ini adalah untuk menyiasat punca penyebaran penyakit denggi, kecekapan pengurusan, perlaksanaan aktiviti pencegahan dan pembanterasan serta perbelanjaan dana dalam usaha untuk menangani wabak denggi di Negeri Selangor.

Dua (2) Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, kesemua Pegawai-Pegawai berkaitan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Pihak Berkuasa Tempatan dan Pejabat Tanah & Daerah telah disaman untuk memberikan keterangan.

Pendengaran Awam tersebut boleh diikuti di laman sesawang Selangorku http://www.selangorku.com atau http://tv.selangorku.com/ yang bermula pada 10 pagi. Semua pihak yang terlibat secara langsung akan disaman hadir untuk memberi keterangan kepada SELCAT.

Hannah Yeoh
Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT)